Share |

Teratak Harum Kasturi

Life is For giving, not to Take.

Iodin adalah zat makanan yang sangat penting kepada kehidupan manusia. Ia diperlukan untuk merangsang proses pembesaran, perkembangan saraf dan pembentukan sel-sel otak terutama kanak-kanak. Kekurangan zat iodin dalam badan akan menjejaskan kesihatan, terutama sekali kecerdasan otak.


Kesan-kesannya kekurangan iodin
Kekurangan iodin yang teruk di kalangan kanak-kanak menyebabkan :
Kelahiran anak yang mengalami keadaan cretinism yang mempunyai ciri-ciri kerdil, kerencatan akal dan fizikal serta pekak bisu.

Kekurangan iodin yang ringan di kalangan kanak-kanak
Walaupun kanak-kanak kelihatan normal pada fizikalnya, tetapi terdapat kesan-kesan berikut :
o Rendah kecerdasan otak
o Pembesaran terbantut
o Perkembangan motor yang lambat
o Kurang keupayaan otak/terencat akal
o Lembab dalam pembelajaran
o Goiter/Beguk

Kekurangan iodin di kalangan ibu hamil boleh menyebabkan :
1- Gangguan terhadap perkembangan otak janin
2- Keguguran
3- Kematian janin dalam kandungan
4-Kelahiran mati
5- Kelahiran anak yang juga kekurangan iodin

Kekurangan iodin di kalangan remaja, dewasa dan warga tua menyebabkan mereka :
1- Tidak aktif
2- Lesu
3- Cepat letih
4-Mengalami Goiter (beguk)

Sumber Untuk Menambahkan Iodin
Iodine terjadi dalam jumlah yang berbeza yang terdapat dalam makanan dan air minuman. Makanan laut seperti udang kara, tiram, sardin dan rumpai laut adalah sumber iodin yang baik.

Jumlah iodin yang terkandung dalam susu dan telur adalah ditentukan oleh jumlah iodin yang terdapat dalam makanan ternakan tersebut. Kandungan iodin yang terdapat pada sayur-sayuran adalah berbeza mengikut jumlah kandungan iodin yang terdapat pada tanah.


Iodin boleh digunakan untuk membantu melindungi manusia daripada barah kelenjar jika terdedah kepada radiasi sebagaimana yang berlaku di negara jepun sekarang.

0 Pendapat Or Pandangan;):

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share |